Saturday 18 October 2014

Apa itu VODCASTING?

Orait sape yang penah dengar podcasting mesti pernah jugak dengar pasal vodcasting kan. Ke tak pernah dengar dua- dua? Alahai takpe takpe meh Ain ajarkan meh.


Vodcasting ni macam video sharing la. Kalau kita masuk universiti kan, kadang2 lecturer dia sibukla, banyak keje lah jadi tak sempat masuk kelas. Jadi vodcasting ni salah satu solusi dia. Pernah tengok cerita Three Idiots tak lakonan Amer Khan tu? Haaa masa anak pengetua dia nak beranak tapi masa tu tak boleh nak pergi hospital sbb banjir. Jadi Amer Khan pon cipta satu device supaya adik dia kat hospital boleh vodcasting dan ajar cara nak labour tu haa.



Kenapa kita guna vodcasting ni? Ada banyak sebab tau.

1. Sebab nak record lecture time. Macam Ain cakap tadi,  pelajar yang sambung Master ke PHD ni,  diaorang belajar jarak jauh. Kadang2 lecturer dia duk UK, duk Ireland, takkan tiap tiap minggu nak turun UK kan. Hamboi kaya nenek kau. Haha jadi terjadilah vodcast ni. Lecturer record lecture dia, lepas tu post online, lepas tu kita pon tengok kat Youtube.  
2. Boleh buat group study. Kalau sorg duk sana, sorg duk sini, nak jumpa malas, haaa inilah jawapan dia.

Tapi bagi memudahkan vodcasting ni, kita kena ada akaun google dulu tau. Supaya senang kita nak share video, dan supaya senang kita nak follow akaun lecturer dan kawan kawan kita. Selain daripada itu, kita jugak boleh upload video yang bermaklumat, yang kita nak share kat kawan2 kita. 

Okep cemana nak start vodcasting ni ye?  Mula-mula,





kena buat akaun Google.


 macam mana nak buat? Click button "Create Account" berwarna biru tu.(gambar atas)

Selepas itu kita kenalah isi borang. Mudah je, isi email, nama nickname, tarikh lahir dan jantina. kemudian click I accept. Tapi kadang kala keluar error, "username has been taken", maksudnya nama anda telah digunapakai oleh orang lain. Maka terpaksalah kita memilih nama lain.


Selepas dah dapat nama yang sesuai, kena pulak taip kata laluan (password) yang diingini. pastikan lebih dari 5 abjad dan kombinasi huruf dan nombor adalah yang terbaik.

Kemudian isi word verification tu. yang ni kadang kala tak nampak, payah sikit.

Lepas habis tu tekan "Create my new account"

Ok yang ni pula page seterusnya dimana kita perlu isi nombor telefon bimbit kita untuk verification. nanti google akan SMS kan nombor tersebut dan perlulah guna nombor itu di halaman seterusnya.

Dah isi nombor kod tersebut, tekan verify.

Dah berjaya, kena pula pegi masuk melbox email kita untuk link terakhir sebelum anda boleh memuat naik video yang kita ingin kongsikan.

Setelah proses pendaftaran selesai, pergi ke halaman utama Youtube, dan di sebelah kanan atas ada perkataan "Upload" .klik link tersebut.


kita akan masuk ke halaman di bawah

Buka folder lokasi dimana video disimpan di dalam komputer , dan kemudian drag masuk kedalam kotak putih yang disediakan.

Haaa lepas ni bolehla start upload.

Ni contoh video vodcast tau. 

http://www.youtube.com/watch?v=viaPmQR8tMg
VODCAST EPISODE 3 : HIMPUNAN PLANET
Arini Ain ajar cemana nak upload video vodcast, nanti esok Ain ajar cemana nak tengok video lecturer kita. Nantikan post seterusnya ya.

Credit to :
http://www.slideshare.net/READtimberwolf/podcasting-and-vodcasting-32294856

http://mancisdahbasah.blogspot.com/2011/04/cara-buat-akaun-email-gmail.html


Tuesday 14 October 2014

Pavlova

Okey aritu Ain makan la pavlova yang abang ain tempah daripada kawan dia. Eh Eh sedapla pulak. Nak tempah lagi kan akak tu dah pergi Selangor sambung belajar. Alamak acane ni mengidam sangat ni. Jadi Ain decide nak buat sendiri lah. Ni first try tau. Ain gugel je resepi kat internet. Okeyla takdela manis sangat.



Untuk Pavlova Disc: 4 biji telur gred A (bahagian putih sahaja) 200gm gula castor 1/2 sudu kecil esen vanilla 1 sudu kecil cuka 1/2 sudu besar tepung jagung


Untuk Krim: 240ml whipping cream 20 gm castor sugar Buah2 kesukaan.. (rai cadangkan yg masam2 mcm strawberry, berries. peach sebab nak bagi kontra rasa ngan pavlova yg dah sgt manis)






Cara2 membuatnya:




1. Make sure bowl kering... pastikan tiada sisa air, minyak sebagainya...
sebab nak buat meringue memang pantang bendasing... telur putih juga mesti takde sisa telur kuning
Masukkan putih telur dulu ke dalam bowl....





2.Putar putih telur sampai berbuih cm keluar buih2 sabun tu dlu....
Bila dah berbuih2 sambil putar mixer baru masukkan gula sedikit demi sedikit ....
(tips: jangan campur putih telur + gula terus dari awal... Putar dulu putih telur bila dah berbuih baru masuk gula okies kawan2)






3. Putar sehingga ia berkrim dan berkilat








4. Masukkan esen vanilla
(Tips: esen vanilla akan buatkan pavlova kita tidak hanyir bau telur.... dan sedappp)
Then putar lagi....







5. Ok putar sampai jadi bila kita angkat mcm bertanduk.. haha bukan tanduk bercabang2 mahupun pisang tanduk yaa...
kikih... atau bila terbalikkan bowl... sure tak jatuh adunan tu dari bowl...

(cubalah terbalikkan.. hik3)..







6. Lepastu stop kan mixer.... masukkan tepung jagung dan juga cuka.








7. Guna senduk sahaja gaul2 bg sebati dah cukup tepung jagung dan cuka tadi.
(Tips: jangan kacau sehingga larut malam atau beria2 dan lama... dan jangan guna mixer)



Haaa macamana Rai buat struktur pavlova yg beralun2 tu?


8.Masukkan adunan tadi ke dalam piping bag....
Ain gunakan Nozel No. 347



mcmni bentuk Nozel tersebut








9. Alas Loyang dengan kertas minyak....Buat bulatan guna pensel ikutla loyang ke atau apa2 yg bulat...
ikut saiz yg dimahukan...
Picit piping bag sambil buat pusingan2 kecil mengikut arah jam.......




10. Penuhkan piping di bahagian dalam.. yg dalam tu tebalkan sedikit...
supaya bila kita potong nanti dalam dia ada struktur macam Marshmallow...
kalau nak buat 2 lapis.... buat 2 keping disc asing2.....





11. Nak buat disc dalam bentuk comel2 pun boleh...





12.Panaskan Oven suhu 150 celsius...
Bakar selama 60-75 minit sehingga disc bertukar kepada perang...




13. Tips untuk Pavlova tak crack.... lepas dah masak tu... jangan keluarkan dr oven....tutup suis oven....Biarkan je dia sejuk dalam oven tu sendiri.....




Untuk Topping....
1.Whipping cream make sure sejuk... baru keluar dr fridge untuk putar...
Tips nak senang putar whipping krim: Masukkan pemutar besi dan bowl mixer ke dalam fridge tempat beku sampai besi dan bowl sejuk...dalam 15-30 min...
Then keluarkan pemutar dan bowl mixer, masukkan whipping cream dan terus putar dengan kelajuan tinggi sampai dia soft peak... jadi bertanduk gak tapi tak terlalu kental....tak terlalu cair dan tak terlalu kental....
jangan putar terlalu lama nnti krim jadi mcm pecah minyak....

Masukkan krim dalam piping bag dan boleh piping....
Lepastu hias dengan buah2 tadi...




Pavlova juga perlukan post mortem... hehe
ok dah2 jangan terliur lama2.... jom2 buat... kekekeh....



Hidangkan dengan penuh kasih sayang he2,

Sambal Tumis Petai

Okey semua dah tau yang Ain ni hantu petai kan. Ibu selalu cakap 'kakak sorang je hantu petai kat rumah, sebab kakak lahir dalam hutan'. Haha btol lah tu. Ain memg lahir dalam hutan, kat Keratong, Pahang. Jadi sekarang kan musim petai. Mesti ramai yang terliur nak makan tapi taktau nak masak cemane kan. Yelaaa bese bese mak yang masak. Haha meh sini Ain nak ajar.







Bahan2:
10 biji petai (belah 2)
Ikan bilis belah (ikut suka bnyk mana) -- kalau sesetengah orang suka goreng dulu bilis baru garing.
2 ulas bwg merah
1 sudu kecil belacan
3 sudu besar cili kisar
1 mangkuk kecil air asam jawa
Garam & gula secukup rasa

Cara2:
1. Kisar bwg merah & belacan. 

2. Kemudian bulehla panaskan minyak utk menumis. Tumis bhn kisar dan ikan bilis. 
3. Kacau sehingga agak garing.
4. Kemudian masukkan air asam jawa tadi dan juga petai. 
5. Masak lagi sehingga sambal kering. Perisakan dgn garam & gula. 

Haa senang je sbenanye kan. Okeh lepas ni bolehla perhi pasar beli petai. Beli banyak2 selalu nanti kita cuba sambal hitam pulak. Tunggu ye post yang seterusnya. Nanti Ain aja buat sambal hitam.