Saturday 18 October 2014

Apa itu VODCASTING?

Orait sape yang penah dengar podcasting mesti pernah jugak dengar pasal vodcasting kan. Ke tak pernah dengar dua- dua? Alahai takpe takpe meh Ain ajarkan meh.


Vodcasting ni macam video sharing la. Kalau kita masuk universiti kan, kadang2 lecturer dia sibukla, banyak keje lah jadi tak sempat masuk kelas. Jadi vodcasting ni salah satu solusi dia. Pernah tengok cerita Three Idiots tak lakonan Amer Khan tu? Haaa masa anak pengetua dia nak beranak tapi masa tu tak boleh nak pergi hospital sbb banjir. Jadi Amer Khan pon cipta satu device supaya adik dia kat hospital boleh vodcasting dan ajar cara nak labour tu haa.



Kenapa kita guna vodcasting ni? Ada banyak sebab tau.

1. Sebab nak record lecture time. Macam Ain cakap tadi,  pelajar yang sambung Master ke PHD ni,  diaorang belajar jarak jauh. Kadang2 lecturer dia duk UK, duk Ireland, takkan tiap tiap minggu nak turun UK kan. Hamboi kaya nenek kau. Haha jadi terjadilah vodcast ni. Lecturer record lecture dia, lepas tu post online, lepas tu kita pon tengok kat Youtube.  
2. Boleh buat group study. Kalau sorg duk sana, sorg duk sini, nak jumpa malas, haaa inilah jawapan dia.

Tapi bagi memudahkan vodcasting ni, kita kena ada akaun google dulu tau. Supaya senang kita nak share video, dan supaya senang kita nak follow akaun lecturer dan kawan kawan kita. Selain daripada itu, kita jugak boleh upload video yang bermaklumat, yang kita nak share kat kawan2 kita. 

Okep cemana nak start vodcasting ni ye?  Mula-mula,





kena buat akaun Google.


 macam mana nak buat? Click button "Create Account" berwarna biru tu.(gambar atas)

Selepas itu kita kenalah isi borang. Mudah je, isi email, nama nickname, tarikh lahir dan jantina. kemudian click I accept. Tapi kadang kala keluar error, "username has been taken", maksudnya nama anda telah digunapakai oleh orang lain. Maka terpaksalah kita memilih nama lain.


Selepas dah dapat nama yang sesuai, kena pulak taip kata laluan (password) yang diingini. pastikan lebih dari 5 abjad dan kombinasi huruf dan nombor adalah yang terbaik.

Kemudian isi word verification tu. yang ni kadang kala tak nampak, payah sikit.

Lepas habis tu tekan "Create my new account"

Ok yang ni pula page seterusnya dimana kita perlu isi nombor telefon bimbit kita untuk verification. nanti google akan SMS kan nombor tersebut dan perlulah guna nombor itu di halaman seterusnya.

Dah isi nombor kod tersebut, tekan verify.

Dah berjaya, kena pula pegi masuk melbox email kita untuk link terakhir sebelum anda boleh memuat naik video yang kita ingin kongsikan.

Setelah proses pendaftaran selesai, pergi ke halaman utama Youtube, dan di sebelah kanan atas ada perkataan "Upload" .klik link tersebut.


kita akan masuk ke halaman di bawah

Buka folder lokasi dimana video disimpan di dalam komputer , dan kemudian drag masuk kedalam kotak putih yang disediakan.

Haaa lepas ni bolehla start upload.

Ni contoh video vodcast tau. 

http://www.youtube.com/watch?v=viaPmQR8tMg
VODCAST EPISODE 3 : HIMPUNAN PLANET
Arini Ain ajar cemana nak upload video vodcast, nanti esok Ain ajar cemana nak tengok video lecturer kita. Nantikan post seterusnya ya.

Credit to :
http://www.slideshare.net/READtimberwolf/podcasting-and-vodcasting-32294856

http://mancisdahbasah.blogspot.com/2011/04/cara-buat-akaun-email-gmail.html


No comments:

Post a Comment